Monday 13 April 2020

Kursus Pengucapan Awam Untuk Sekolah Rendah


Pengucapan Awan ialah teknik menyampaikan idea kepada para hadirin dengan menggunakan gerakan tangan, lontaran suara, cara berdiri, mimik muka dan tatapan mata. Namun, tidak semua menggunakan taknik-teknik di atas dengan sempurna dan berkesan. Disebabkan itu, lontaran idea anda tidak dapat disampaikan secara efektif kepada para hadirin anda. Namun, dengan latihan yang mencukupi, anda boleh menjadi mahir di dalam pengucapan awam.

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS PENGUCAPAN AWAM UNTUK SEKOLAH RENDAH Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983

Kajian Kes 1: Akibat Mengabaikan Kemahiran Pengucapan Awam


Amir adalah seorang pelajar yang cemerlang di sekolah beliau. Dia sedang bersiap siaga untuk menghadapi peperiksaan UPSR dan beliau bercita-cita untuk memasuki MRSM. Oleh itu, dia belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan markah cermerlang di dalam UPSR.

Usaha Amir tidaklah sia-sia, Dia mendapat markah cemerlang di dalam UPSR dan juga merupakan pelajar terbaik di sekolahnya. Pihak sekolah telah menjemput Amir untuk memberi sepatah dua kata di majlis anugerah pelajar cemerlang nanti. Amir amat teruja.

Namun, Amir merasakan bahawa dia tidak perlu untuk bersiap sedia untuk ucapannya kerana dia merasakan dia cukup bijak untuk menyampaikan ucapan dia tanpa apa apa persediaan.

Pada hari kejadian, Amir mendapat kejutan besar kerana Menteri Pelajaran hadir di anugerah pelajar cemerlang tersebut. Sebagai wakil pelajar cemerlang, Amir tentunya ingin menawan hati Menteri Pelajaran dengan ucapan nya.

Namun, disebabkan tiada persediaan yang dilakukan. Amir hanya menyampaikan ucapan terima kasih sahaja kerana terlalu gementar. Setelah kejadian itu, Amri mula sedar bahawa pengucapan awam bukanlah senang seperti yang dijangkakan. Beliau mula meningkatkan kemahiran nya dalam bidang tersebut.

Kajian Kes 2: Akibat Tidak Mahir Dalam Teknik Pengucapan Awam


Mat ialah pelajar tahun akhir UPSR. Dia telah menanam azam untuk memasuki MRSM. Justeru, dia belajar bersungguh-sungguh supaya dia berjaya mendapat keputusan UPSR yang cemerlang supaya melayakkan dia memasuki MRSM.

Usahanya tidak sia-sia. Dia medapat semua A untuk UPSR nya. Ayah nya mula mengisi borang dan menghantar dokumen-dokumen yang diperlukan ke MRSM. Namun, memasuki MRSM bukanlah seperti memasuki sekolah menengah biasa kerana ianya mempunyai temuduga.

Mat datang ke temuduga tersebut. Mat berjaya menjawab ujian berkomputer dengan cemerlang. Namun, apabila temuduga berkumpulan dijalankan, Mat gagal kerana dia tidak tahu teknik-teknik yang betul semasa berucap di khalayak ramai. Mat akhirnya dimasukkan ke sekolah menengah biasa dan sejak itu, dia mula mempelajari seni pengucapan awam.

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS PENGUCAPAN AWAM UNTUK SEKOLAH RENDAH Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983

Kajian Kes 3: Kesan Penggunaan Teknik Pengucapan Awam Yang Betul


Azman baru sahaja menamatkan UPSR nya. Dia berazam untuk menyambung pelajaran nya di MRSM. Pencapaian UPSR nya boleh dikatakan cemerlang, namun dia tahu banyak lagi calon UPSR yang cemerlang mendaftar untuk memasuki MRSM.

Azman mula mengumpulkan segala sijil nya. Antara sijil ko-kurikulim nya, sijil yang paling menyerlah ialah sijil-sijil johan pengucapan awam nya. Azman mencetak sijil-sijil tersebut beserta sijil-sijil nya yang lain dan menghantar nya ke MRSM. Tidak lama kemudian, Azman dipanggil untuk temuduga kemasukan ke MRSM.

Azman menggunakan sepenuhnya kemahiran pengucapan awam nya seperti lontaran suara yang baik dan gerakan tangan yang menarik semasa temuduga. Penemuduga MRSM amat berpuas hati dengan temuduga Azman dan meluluskan Azman untuk memasuki MRSM walaupun ada calon yang mempunyai keputusan UPSR yang lebih baik dari Azman. Azman amat gembira kerana penat lelah nya membuahkan hasil.

No comments:

Post a Comment